Sunday, August 3, 2008

Guru Adakah Ini Sikapmu?

Baru-baru ini Institut Perguruan di Malaysia heboh memperkatakan tentang masalah khalwat dikalangan pelajar. Bukan sahaja pelajar malahan pensyarah pun turut serta. Perkara ini menjadi perkara yang kita dengari sepanjang setengah tahun pertama 2008.Perkara ini berlaku di ISTITUT PERGURUAN yang saya rahsiakan tempatnya(2@lebih barangkali). Ada khalwat antara pelajar dan pensyarah dan ada juga khalwat antara pelajar dengan pelajar???Mengapa semua ini terjadi sekarang??Tidak pada waktu-waktu dahulu. Apakah sudah tiada batasan antara pensyarah dan pelajar dan batasan antara pelajar-pelajar berlainan jantina di Institut Perguruan kita?

Perkara yang paling menyedihkan sekali apabila tindakan yang diberikan hanyalah sekadar denda yang sepatutnya hukuman yang diberikan adalah berat. Kita takut bahawa masalah ini akan berterusan kerana semuanya dapat diselesaikan dengan wang?dengan wang harga diri kita terselamat ???Tidak.TIdak sama sekali. Warga luar dari kawasan Institut perguruan memerhatikan kita. Melihat gerak geri kita. Adakah kita mengatakan”guru pun manussia jugak”.”alah, setiap orang lakukan kesalahan,nabi pun ampunkan umat”.Pandangan ini harus ditolak jauh-jauh oleh seorang bakal guru yang berdedeikasi. Selarah dengan Falsafah Pendidikan Negara yang meahukan seorang guru yang bermahlak mulia dan bertanggungjawab terhadap anak didik mereka.

Apa yang kita mahukan ialah melahirkan guru yang boleh memilih antara batil dan zahir. Anatra salah dan betul serta rasional dalam setiap tindakan. Generasi akan dating mebawa satu cabaran yang tinggi kepada kita semua. Marilah sama-sma kita berdoa bahawa generasi yang akan dating menjaadi generasi yang ditarbiah oleh seorang guru yang bertarbiah bukan guru yang terbiar. Bakal-bakal guru sekalian, hayatilah tarbiah islam, jangan kerana anda guru subjek lain anda boleh meninggalkan ajaran agama. Sampingkan pembelajaran anda dengan agama islam.
Salam dari saya.Pokshark

1 comment:

Unknown said...

Setuju sangat dengan pandangan Pokshark. Mungkin sebahagian pihak, menganggap kes2 sebegini kecil dan terpencil, tapi perlu diingat yang kecil akan jadi lebih teruk, lebih berbahaya.
Sebagai bakal warga pendidik, guru perlu lebih mempunyai akauntabiliti terhadap yang tinggi dan tidak berbelah bahagi terhdap professionnya sendiri.
Sama-samalah muhasabah diri ke arah kebaikan dunia dan akhirat.
-Cg.zahariefendi menulis...