Thursday, August 7, 2008

Mendidik Bakal Pendidik




Institut Perguruan Malaysia(IPGM) gah sekarang terdengar di sana-sini. Setiap pelajar lepasan SPM tidak lepas untuk mendapatkan pincode di BSN selepas mengetahui keputusan masing-masing. Pelajar matrikulasi yang tidak mahu melanjutkan pembelajaran di universiti turut berbuat demikian dan pelajar universiti yang merasakan beban mereka duduk di universiti adalah berat dan diri mereka masih layak memohon turut mengambil peluang mengisi borang untuk Kursus Pergururan Lepasan SPM atau boleh dikenali juga sebagai PPISMP(Program Persedian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan). Namun adakah mereka masuk semata-mata kerana:

a.elaun yang tinggi
b. paksaan ibu bapa
c. lari dari universiti kerana takut menganggur
d. atau darah mereka adalah DARAH G “darah Guru”
Atau?????

Orang yang mempunyai Darah G ini adalah betul-betul mempunyai keinginan untuk menjadi guru. Penulis yakin semua bakal-bakal guru di IPGM memang mempunyai darah G setelah beberapa tahu di IPGM. Cuma perlu diingatkan budaya memilih perguruan sebagai jalan mudah adalah satu pemikiran yang salah. Yang Negara inginkan ilah Guru yang berwawasan dan bercita-cita tinggi selarras dengan Falasafah Pendidkan Negara. Kita tidak ingin menghasilkan Guru yang hanya tahu mengajar dan murid lulus sahaja. Kita ingin menghasilkan guru-guru yang mendidik anak-anak bangsa supaya mengenal Agama dan berpegang teguh kepada Islam. Apapun caranya yang perlu untuk mendidik anak bangsa ialah mendidik pendidik. Di sini antara buah pemikiran mendidik pendidik:

a. Menyelaraskan program berkenaan agama Islam diseluruh IPGM(bukan setakat tilawah, hafazan sahaja,khemah-khemah ibadah peringkat nasional antara IPGM perlu dilaksanakan).
b. Memberi peraturan jelas tentang batasan guru pelatih lelaki dan wanita
c. Meningkatkan kesedaran bakal guru IPGM supaya turun berjemaah
d. Menjalankan aktiviti usrah setiap minggu
e. Tidak kira guru apa anda, kalau anda beragama Islam awak wajib mendidik anak murid awak berteraskan Islam
f. Menyemai DARAH G, bertanggungjawab, amanah dan menepati masa.
g. Menghormati sesama sendiri dan orang lain
h. Kesedaran memikul tanggungjawab yang besar
i. ………………………..
Anda boleh tambah di ruangan komen.Saya mengharapkan komen Positif anda.

4 comments:

asfarina fatin redzuan said...

saye mempunyai darah G..hehe

my parents is government teacher:)
and i also wanna be a teacher..

apply jugak IPG,amik Bahasa inggeris..
harap sgt dapat untuk pengambilan JUN 2010..will do the best for interview

raudhatulruhiyah said...

salam. Menjadi pengajar tidak sama dengan menjadi pendidik. Pengajar hanya mentransfer ilmu. Namun pendidik akan mendidik anak didik supaya terdidik dalam semua aspek intelek, jasmani, emosi, ruhani, spiritual, dan pemikiran. Maka untuk mendidik, guru tersebut terlebih dahulu perlu terdidik. Maka pendidikan bakal guru perlulah juga merangkumi aspek tadi. Bila menjadi guru, tanamkan dalan diri bahawa "aku di sini sebagai pendidik". Contoh pendidik teragung telah ada pada suri teladan terbaik iaitu Rasulullah S.A.W. Maka, sama-samalah mempelajari sirah perjalanan Rasulullah dan sunnah-sunnah baginda untuk diaplikasikan dalam kehidupan sepanjang masa.

Anonymous said...

ya sy amat bersetuju dgn kenyataan t'sebut..ramai yg memilih kerjaya guru sebagai jln terakhir..ini akan merendahkan martabat guru di mata masyarakat..tp ada juga yg memilih guru kerana minat m'dlm dlm bidang ini..so..go ahead dgn niat suci t'sebut..

Anonymous said...

As-Salam wbt...Saya berumur 27thun.Cita2 untuk m'jadi pendidik sudah lama terpendam di dalam hati kerana Sy Sekolah hanya setakat SPM.Jadi, semangat saya tiba2 semakin kuat apabila melihat banyak masalah disiplin sekarang berkaitan Guru & Murid ini,mejoriti hanya tahu nak salahkan guru.Saya beranikan diri untuk mencari bagaimana cara saya untuk mengejar cita2 saya itu semula.Jadi di sini, saya hanya nak tahu bagaimana caranya untuk saya memohon untuk minta masuk IPG ini agar saya dapat belajar & seterusnya menjadi pendidik yang Cemerlang,Gemilang & Terbilang,InsyaAllah. Sekian, T/Kasih.