Thursday, April 10, 2008

Pakaian Guru Wanita, satu perbincangan?


"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

Apa yang dapat diperhatiakn hari ini, ramai di kalangan guru-guru yang beragama islam tidak begitu menitik beratkan masalah pakaian mereka sama ada telah menutup aurat atau tidak. Mereka berpakaian adalah semata-mata mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh IPG masing-masing dan tidak mementingkan peraturan Allah Penguasa Alam ini. Ramai dikalangan guru wanita menutup kepala tetapi tidak menutup keseluruhan anggota badan mereka. Memakai tudung yang nipis sehingga menampakkan rambut dan leher adalah satu perbuatan dosa. Apa yang menghairankan lagi apabila kepala ditutup tetapi anggota lain kelihatan sama ada kaki, tangan, dan tudung yang tidak menutup ke dada.

Amat menyedihkan apabila anak dididik oleh golongan yang sebegini begitu meresahkan sesetengah pihak yang faham tentang hukum-hukum islam yang sebenar. Ada yang menyatakan berpakaian sebegini adalah untuk mengharapkan pujian dan kelihatan anggun oleh orang ramai. Meraka tidak menyedari bahawa gerak geri mereka sedang di perhatikan dan segala perilaku merekan sedang di catat oleh pengawal yang tidak pernah lalai dan alpa di kiri dan kanan mereka.

Hikmah di perintahkan menutup aurat adalah bagi membezakanwanita muslim dengan wanita fasik dan bukan islam. sekiranya masih melakukan sedemikian mereka mereka adalah seperti masyarakat jahiliyah sebelum kedatangan islam.

Oleh yang demikian, Sedarlah wahai bakal pendidik anak bangsa. Anda adalah generasi yang bakal menentukan anak-anak didik anda terdidik dengan didikan yang sempurna dari aspek dunia dan akhirat atau merosakkan mereka dengan didikan sekular yang ada pada hari ini.

Pemakaian guru yang menutup aurat dan sopan mencerminkan keperibadian yang baik serta dipercayai dapat mendidik anak-anak di aspek rohani dan jasmani yang sempurna.

disediakan oleh:

kalam batu

sumber maklumat daripada: http://www.zaharuddin.net

Monday, April 7, 2008

Beginikah Budaya Pelajar Ipg?

Sekadar Gambar Hiasan

Matlamat penubuhan IPG adalah untk melahirkan generasi pendidik yang berkualiti dan bertaraf dunia. Tugas seorang pendidik adalah untuk membentuk generasi muda hari ini menjadi insan yang intelek dan berakhlak serta beramal dengan ilmu yang di timba. Apa yang menyedihkan kita pada hari ini apakah bakal pendidik yag akan dilahirkan oleh IPG betul2 berkualiti dari aspek rohani, akhlak, sahsiah dan keperibadian? Persoalan inilah yang banyak dipersoalkan oleh banyak pihak terutamanya ibu bapa yang tidak begitu yakin dengan produk keluaran daripada IPG, mengapa ini berlaku?

Apa yang dapat diperhatikan adalah budaya hidup bakal pendidik di IPG yang begitu asyik dengan pergaulan bebas, masalah sosial, kurang penerapan rohani, dan banyak lagi. Permasalah beginilah yang membimbangkan kita. Memang tidak dapat di nafikan dari aspek akademik bakal guru ini sememangnya menyerlah dan cemerlang tetapi akhlak dan sahsiah yang akan ditunjukkan kepada murid sangatlah kritikal kerana mereka ini akan menjadi contoh teladan kepada murid.

Apa yang di bimbangkan adalah bakal pendidik ini kurang kesedaran tentang permasalahan agama yang dipandang enteng oleh mereka. Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bebas, merokok dikhalayak ramai, tidak menutup aurat, memakai pakaian yang katat bagi yang muslim merupakan satu fenomena yang begitu serius dari kaca mata islam. Apa gunanya seseorang bakal guru itu mengaku muslim tetapi tidak mengamalkan ajaran islam dengan sebaiknya.

Apa yang dapat diperhatikan di IPG di selatan tanah air pergaulan bebas diantara bakal guru ini sunnguh berleluasa, mereka sewenang-wenagnya berpeleseran dikhalayak ramai tanpa rasa malu dan segan dengan alasan belajar bersama. Apa yang lagi menyedihkan masjid yang terletak berhampiran dengan asrama kediaman di biarkan sepi tidak dipenuhi dengan jemaah sebaliknya cafeteria yang bersebelahan penuh dengan pengunjung walaupun semasa azan dikumandangkan.

Apakah nasib anak-anak kita jika menerima didikan daripada seorang pendidik yang jiwanya kosong dengan pengisian rohani untuk menjadikan anak muridnya seorang yang berakhlak tetapi contoh ikutan mereka daripada golongan2 yang haprak???


Disediakan oleh:

Kalam batu http://www.bulanpagi.blogspot.com

Kepada pengkritik guru..bacalah....

Guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi muridnya dengan ilmu. Pengganti ayah dan ibu di dalam kelas.

Guru membentuk disiplin anak-anak, dilentur agar betul tegaknya apabila sudah dewasa. Dia mengajar 'anaknya' bagaimana cara menyebut, menulis, membaca. Mengajar agar tahu tegak dan bengkoknya cara solat, cara makan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bahkan untuk menjadikan anak murid sebagai seorang manusia yang berguna dan mempunyai cita-cita.

Lihatlah, yang menjadi pemimpin, menjadi ahli perniagaan semuanya atas jasa pejuang yang tidak bernama ini. Kerana guru, tidak diajar untuk menerima balas jasa, tidak inginkan namanya disebut. Cukup dengan ilmu yang diajar dapat diamal, dihayati. Mudah-mudahan menjadi amal jariah di kemudian hari.

Fahamkah ibu ayah yang dahulunya juga pernah diajar oleh gurunya? Anak-anak perlukan bimbingan dan perhatian di rumah. Bukunya disemak, dilihat kerja rumahnya, ditanyakan siapa kawan-kawannya.

Malanglah sang guru, kerana segelintir perbuatan individu ‘guru’ yang tidak bertanggungjawab, maka semua nodanya di taburkan kepada seluruh insan yang bergelar guru. Disebut-sebut perbuatan guru memukul anaknya – adakah mereka tahu benar peribadi anak sendiri? Ditunding-tunding kesalahan sang guru, padahal mereka lupa. Menyerahkan tanggungjawab, tidaklah sama dengan melaksanakan tanggungjawab. Tidak sama juga dengan orang yang hanya pandai memerhatikan dan mengkritik dengan yang duduk dibangku seorang guru.

Tugas Guru Dijadikan Nilaian

Mereka berkata kerja guru senang, 6 jam sehari, ada hari cuti yang panjang. Boleh makan angin lagi.

Ya, memang kerja guru senang. Perlu bersengkang mata memikirkan perihal anak muridnya sahaja, perlu menanda buku, mengikuti kursus, belum dicampur dengan karenah pentadbiran sekolah, kelas tambahannya, program sampingan sukan sekolah. Yang sudah berkahwin perlu memikirkan keluarga mereka sendiri. Tidur malamnya selalu nyenyak. Mudahnya kerja guru..

Dari A hingga ke Z guru mengajar, dari berdiri tegak sehingga memberi salam diasuh agar muridnya menjadi orang yang tahu Islam. Ada guru yang menyerahkan jiwa raganya di dalam profesion ini, memberi motivasi dan semangat agar anak didiknya terus berjaya. Yang malas, yang suka bermain di dalam kelas, yang hanya tahu tidur, masih tergagap untuk membaca, tidak kenal huruf dan merangkak menyebut perkataan – disuakan dengan teknik belajar. Tidak lupa sang guru untuk mengingatkan anak didiknya itu silalah ulangkaji, tunjukkan pada ibu dan ayah mana yang perlu dibuat dan disemak semula. Tetapi yang lebih difahami - anaknya mesti mendapat semua A apabila mendapat keputusan peperiksaan. "Anak aku pintar, bijak" Dan semuanya diakhiri dengan perkataan 'AKU' juga.

Sang guru memberi nasihat “Awak dah belajar solatkan.. kat rumah solat dengan mak ayah ye..”, lalu dia membalas “mak ayah saya tidak solat cikgu.. nak buat camane?”. Dan sang guru tergumam.

Sebagai seorang ayah dan ibu di dalam kelas, ia tidak senang melepaskan anaknya balik ke rumah tanpa membawa apa-apa yang bermakna di dalam kehidupan. Lalu diberi peringatan – bahawa hormati ibu dan bapa, cium tangan mereka, minta maaf kepadanya. Jangan segan untuk meringankan tulang. Berilah khabar gembira apabila sudah berjaya…

Begitulah… sang guru tetap juga meneruskan pengajaran dan didikannya dengan sabar, walaupun saban waktu hatinya menahan kerana herdikan, cacian dan cemuhan. Dan itulah dosa-dosa guru kerana mendidik anak muridnya..

Sumber : Http://jarumemas.blogspot.com

Sunday, April 6, 2008

Kepimpinan pelajar ipg: bagai tukul dengan pahat?

Bagai tukul dengan pahat itulah yang dapat digambarkan kepada kepimpinan pelajar ipg. Kebajikan pelajar hanya akan di jaga apabila ada aduan dan arahan daripada pihak pelajar dan pengurusan kepada mereka. Boleh dikatakan barisan kepimpinan ini dilantik semata-mata mengikut kehendak pihak bpg hanya sekadar mewujudkan barisan kepimpinan pelajar yang kononnya bermatlamat dapat menjaga kebajikan pelajar dan melicinkan aktiviti yang dianjurkan oleh pengurusan ipg, sebaliknya barisan kepimpinan ini dianggap oleh sesetangah pelajar sebagai kuli atau pencacai pihak pengurusan ipg supaya segala peraturan yang dijalankan tidak di halang oleh pelajar. Barisan kepimpinan ini juga boleh dikatakan sebagai lembu yang dicucuk hidungnya oleh pengurusan ipg supaya mengikut arahan dan telunjuk mereka.
Kemana hala tuju barisan kepimpinan kita hari ini yang digambarkan bakal mengambil alih tampuk kepimpinan pemimpin2 negara jika tidak mempunyai jati diri yang teguh dapat berdikari dan menerajui kepimpinan yang mantap di ipg2 mereka? Sedarlah wahai kawanku sekalian kita yang akan menentukan hala tuju kita suatu hari nanti, jika perkara ini masih lagi berlanjutan mungkin identity seorang guru yang akan lahir nanti bukan seorang guru yang berintegriti tetapi guru yang basi dan tidak pandai berdikari serta tiada kreativiti.

disediakan oleh:
kalam batu

Ke mana hala tuju JPP IPGM?

Assalamualaikumwarahmatullah....terdetik di hati untuk menulis berkenaan salah satu badan pelajar yang dikatakan mempunyai hubungan yang rapat sama ada dengan pentadbiran ataupun dengan pensyarah. Semua orang tahu panggilannya iaitu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP).JPP adalah badan tunggal pelatih guru untuk berhubungan dengan pensyarah dengan menyatakan cadangan, pendapat dan perasaan tidak puas hati ke atas dasar-dasar maktab yang bercanggahan dan kadangkala membebankan pelajar. Walaubagaimanapun tugas Perwakilan Pelajar kita seolah samar-samar. Mereka seolah2 mengikut telunjuk pensyarah. Memang tiada salah untuk mengikut telunjuk pensyarah tetapi mereka mengikutnya seolah2 tiada suara pelajar. mungkin perwakilan yang menjadi wakil kita ini tidak dipilh melalui proses demokrasi maktab yang betul. Sebagaimana universiti mereka mempunyai piliharaya kampus pada setiap tahun, tetapi di institut perguruan suasana tiada sama sekali. perwakilan di pilih melalui proses budak2 iaitu angkat tangan seperti sekolah rendah ataupun melalui pelajar-pelajar yang mempunyai kroni dengan pensyarah..Inilah masalahnya yang terjadi, suara pelajar tidak kesampaian. Mari kita singkap sejarah maktab sebelum dinaik taraf menjadi sebuah institut. Mereka mengamalkan pilihanraya seperti pilihanraya kampus seperti yang berlaku di universiti sekarang. Tetapi akibat sesuatu perkara yang digeruni oleh pihak tertentu maka pilihanraya maktab dihapuskan?nak tahu mengapa????nantikan isu keluaran kemudian


p/s: Blog ini menggalakkan untuk para pembaca untuk mengetengahkan karya-karya sastera terutamnya sajak untuk dikongsi bersama, tidak kira apa isu. emailkan kepada jambuu_batu@yahoo.com . Pihak kami akan menyiarkan nama pencipta sajak berkenaan.

Satu Permulaan

Assalamualaikum..akhirnya dapat juga saya menyiapkan satu blog khas untuk gur-guru pelatih yang berada di seantero Malaysia.Diharapkan ada yang sudi untuk mengirimkan bahan-bahan yang bagus dan berkualiti untuk panduan kita sehari-hari. Diharapkan kita dapat berbincang dengan terbuka dan mengambil berat tentang tazkirah-tazkirah yang akan dimuatkan di dalam laman blog ini. Wassalam..Hubungi sya di jambuu_batu@yahoo.com.