Tuesday, May 11, 2010

CaBaRaN MeMbeNtuK PeMiMpiN & KePiMpiNaN

Kepimpinan dari perspektif Islam tidaklah semata-mata merujuk kepada pemimpin tertinggi khususnya pemimpin-pemimpin negara sepertimana yang dibayangkan oleh kebanyakan orang apabila membincangkan soal kepimpinan. Cabaran untuk membentuk kemahiran kepimpinan dalam setiap individu Muslim khussnya adalah cabaran utama yang perlu difahami.

Menurut Hadis Rasulullah S.A.W., setiap individu muslim dianggap sebagai pemimpin dan bertanggungjawab kepada mereka yang berada di bawah tanggungjawabnya seperti sabda baginda yang bermaksud :

"Setiap seorang dari kamu adalah pemimpin & kamu adalah pemimpin & akan diminta bertanggungjawab kepada orang-orang yang berada di bawah jagaannya. Seorang ketua negara bertanggungjawab ke atas rakyatnya & akan disoal oleh Allah akan kepimpinannya. Seorang isteri bertanggungjawab di rumahnya & akan disoal tentang tanggungjawabnya. Seorang anak bertanggungjawab ke atas harta bapanya & dia juga akan disoal. Begitu juga seorang hamba atau yang bekerja dengan majikan bertanggungjawab kepada majikannya. Setiap kamu adalah pemimpin & bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpinnya " (Hadis Riwayat Bukhari & muslim).

Para pengkaji kepimpinan sering cuba membezakan antara fungsi seorang ketua & pemimpin (Jaafar Muhammad, 1988). Bersikap sebagai pemimpin lebih unggul berbanding dengan bersikap sebagai ketua. Seorang ketua mungkin mementingkan arahannya diikuti oleh pekerja-pekerjanya tanpa mengambil kira soal perasaan atau emosi. Pola pelakuan pengikut banyak bergantung kepada kemahiran dan keupayaan pemimpin dalam mengorganisasi & memobilisasi pengikut mencapai matlamat yang dipersetujui bersama (Mustafa Haji Daud, 1994).

Oleh kerana setiap individu dibebani dengan tanggungjawab memimpin, mereka dibekalkan oleh Allah dengan poteni kepimpinan yang boleh dikembangkan. Setiap individu mempunyai potensi sendiri untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dalam lingkungan tanggungjawabnya. Seorang pemimpin yang mencurahkan seluruh pemikiran & tenaganya bagi memastikan pengikut-pengikut memperoleh manfaat yang banyak daripada kepimpinannya dijanjikan oleh Allah dengan ganjaran yang besar. Insya'Allah..

Dalam Musnad Imam Ahmad diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Makhluk yang paling dicintai Allah adalah imam (pemimpin) yang adil & yang paling dibenci Allah ialah imam yang zalim ".

Oleh itu, wahai guru pelatih sekalian, saya menyeru agar anda semua dapat memilih pemimpin yang terbaik dari kalangan mereka yang tercalon dalam pilihanraya pada kali ini. Pilihlah mereka kerana ciri kepimpinan yang mereka miliki. Kepada para calon yang akan bertanding untuk pilihanraya pada kali ini, anda perlulah sedar bahawa tanggungjawab anda sebagai pemimpin kelak adalah satu amanah. Untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, amalkanlah falsafah 'Think Like A Leader'. Insya'Allah, mudah-mudahan dengan cara ini kita akan dapat menyumbang ke arah merealisasikan hasrat & matlamat institut ini.

Salam hormat.. Jazakallah khairan katsira..

No comments: