Thursday, August 7, 2008

Mendidik Bakal Pendidik




Institut Perguruan Malaysia(IPGM) gah sekarang terdengar di sana-sini. Setiap pelajar lepasan SPM tidak lepas untuk mendapatkan pincode di BSN selepas mengetahui keputusan masing-masing. Pelajar matrikulasi yang tidak mahu melanjutkan pembelajaran di universiti turut berbuat demikian dan pelajar universiti yang merasakan beban mereka duduk di universiti adalah berat dan diri mereka masih layak memohon turut mengambil peluang mengisi borang untuk Kursus Pergururan Lepasan SPM atau boleh dikenali juga sebagai PPISMP(Program Persedian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan). Namun adakah mereka masuk semata-mata kerana:

a.elaun yang tinggi
b. paksaan ibu bapa
c. lari dari universiti kerana takut menganggur
d. atau darah mereka adalah DARAH G “darah Guru”
Atau?????

Orang yang mempunyai Darah G ini adalah betul-betul mempunyai keinginan untuk menjadi guru. Penulis yakin semua bakal-bakal guru di IPGM memang mempunyai darah G setelah beberapa tahu di IPGM. Cuma perlu diingatkan budaya memilih perguruan sebagai jalan mudah adalah satu pemikiran yang salah. Yang Negara inginkan ilah Guru yang berwawasan dan bercita-cita tinggi selarras dengan Falasafah Pendidkan Negara. Kita tidak ingin menghasilkan Guru yang hanya tahu mengajar dan murid lulus sahaja. Kita ingin menghasilkan guru-guru yang mendidik anak-anak bangsa supaya mengenal Agama dan berpegang teguh kepada Islam. Apapun caranya yang perlu untuk mendidik anak bangsa ialah mendidik pendidik. Di sini antara buah pemikiran mendidik pendidik:

a. Menyelaraskan program berkenaan agama Islam diseluruh IPGM(bukan setakat tilawah, hafazan sahaja,khemah-khemah ibadah peringkat nasional antara IPGM perlu dilaksanakan).
b. Memberi peraturan jelas tentang batasan guru pelatih lelaki dan wanita
c. Meningkatkan kesedaran bakal guru IPGM supaya turun berjemaah
d. Menjalankan aktiviti usrah setiap minggu
e. Tidak kira guru apa anda, kalau anda beragama Islam awak wajib mendidik anak murid awak berteraskan Islam
f. Menyemai DARAH G, bertanggungjawab, amanah dan menepati masa.
g. Menghormati sesama sendiri dan orang lain
h. Kesedaran memikul tanggungjawab yang besar
i. ………………………..
Anda boleh tambah di ruangan komen.Saya mengharapkan komen Positif anda.

Tuesday, August 5, 2008

Adakah Rotan MAsih Relevan???


TINDAKAN sekumpulan 15 pelajar membelasah seorang rakan seasrama di Melaka pertengahan bulan lalu sehingga menyebabkan pelajar itu kini terpaksa menjalani terapi akibat kecederaan pada pinggul dan tulang belakang menjelaskan betapa masalah disiplin atau salah laku pelajar tidak pernah kendur.

Puncanya, pelajar yang dibelasah itu tidak disukai kumpulan berkenaan.

Malah semakin banyak diperkatakan mengenai disiplin pelajar, semakin banyak kes baru membabitkan salah laku disiplin timbul. Ada yang bergaduh sesama sendiri, ponteng, mengugut guru, merokok dan pelbagai salah laku lain berlaku hampir setiap hari hingga memeningkan pelbagai pihak terutama pengetua, guru disiplin dan ibu bapa.

Tambahan pula dengan peraturan baru, bukan semua guru dibenarkan merotan pelajar. Hanya pengetua, penolong kanan dan guru disiplin dibenarkan merotan manakala guru lain tidak diberi kuasa itu.

Mungkin jika merotan tidak dibataskan, sebahagian masalah hari ini dapat diselesaikan terutama membabitkan kesalahan menghisap rokok.

Walaupun kesan dirotan menyakitkan dan memalukan, ia lebih berkesan kerana kesakitan yang dirasai akan tertanam dalam jiwa pelajar yang melakukan kesalahan untuk tidak mengulangi kesalahan sama pada masa depan. Ibarat pepatah Melayu ‘melentur buluh biar daripada rebungnya’.

Pada masa sama, pelajar lain tentu tidak berani meniru atau melakukan kesalahan disiplin kerana mereka tahu hukuman yang dikenakan berat dan memalukan.

Tetapi, Kementerian Pelajaran melihat kaedah itu tidak lagi sesuai kerana ia akan menyebabkan pelajar yang dirotan berasa rendah diri, menyendiri atau bertindak lebih agresif.

Apa yang paling menakutkan ialah tindak balas ibu bapa yang menyaman guru dan sekolah jika menganggap tindakan merotan anak mereka didapati menyalahi peraturan sekolah.

Ini menyebabkan guru lebih banyak berdiam diri atau tidak mahu masuk campur jika ada kes perlanggaran disiplin di kalangan murid atau pelajar kerana ia akan menyusahkan diri sendiri.

Sepatutnya, kementerian membuat kajian terperinci dan mendapatkan pandangan pelbagai pihak terutama pakar pendidikan remaja, psikologi, pengetua dan guru disiplin serta menemubual pelajar bermasalah bagi mencari jalan menangani masalah disiplin remaja.

Jika didapati kaedah kaunseling paling berkesan dan semua sekolah sudah mempunyai guru kaunseling, tetapi jika masalah disiplin pelajar masih di takuk lama, ini menunjukkan kaedah kaunseling juga sedikit sebanyak dianggap gagal. Mungkin ada yang berjaya tetapi kadar kejayaan tidak seimbang dengan yang gagal diberi kaunseling.

Biasanya apabila berbicara mengenai disiplin pelajar, kita akan membezakan pelajar pada era 1960-an, 1970-an dengan pelajar zaman sekarang.

Pada zaman itu, guru dihormati dan rotan senjata utama mendisiplinkan pelajar, tetapi kini semua itu dianggap tidak relevan lagi.

Kebanyakan ibu bapa berpangkat dan bergaji besar serta berasal dari kampung bagaikan sudah lupa peranan guru yang membantu kejayaan mereka hanya kerana anak mereka dirotan kerana kesalahan disiplin.

Sebaliknya, mereka datang ke sekolah dan menyalahkan guru yang merotan anaknya. Ini sedang berlaku dalam sistem pendidikan kita. Terlalu banyak campur tangan, akhirnya guru tiada kebebasan bertindak menyebabkan masalah disiplin bagaikan tiada noktah.

Lebih malang, dalam satu kes di Johor Bahru pada 18 Julai lalu, seorang pelajar tingkatan empat sanggup datang semula ke sekolah dengan membawa tukul besi bagi membalas dendam ke atas seorang pelajar lain yang dikatakan mengutuk rakannya.

Bagaimanapuan, kejadian itu sempat dihalang seorang guru wanita berusia 48 tahun tetapi malangnya guru itu cedera di kening. Nasib baik libasan pelajar itu mengenai kening guru itu, bayangkan jika terkena tepat di kepala, sudah pasti boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Begitu juga dengan satu kes lain, seorang bapa menampar guru disiplin di Kuala Lumpur baru-baru ini hanya kerana guru itu mempertahankan tindakan seorang guru wanita menghukum seorang murid kerana kesalahan disiplin.

Di mana letaknya kesabaran bapa berkenaan sehingga sanggup membalas budi guru yang hendak mendisiplinkan anaknya dengan penampar? Kejadian itu pasti akan menimbulkan kesan kepada kedua-dua pihak, sekalipun sudah bermaaf-maafan, kejadian itu pasti meninggalkan parut.

Sepatutnya, ibu bapa bertindak rasional apabila dipanggil ke sekolah berhubung tingkah laku anak mereka. Jangan cepat melatah jika dimaklumkan anak mereka melakukan kesalahan disiplin, sebaliknya berterima kasih kerana pihak sekolah mengambil berat perihal kelakuan anak.

Kementerian sudah mewujudkan jawatankuasa disiplin pada peringkat induk bagi mengatasi masalah disiplin pelajar dengan mencadangkan pelajar bermasalah diberi lebih banyak pendedahan dalam kokurikulum di sekolah.

Dengan cara ini, mereka akan lebih ‘sibuk’ menyertai kegiatan pasukan beruniform atau bersukan.

Kita hanya perlu menunggu dan melihat hasilnya sama ada perlu diubah lagi pendekatan itu atau membaiki sistem sedia ada.

Pokoknya, masalah disiplin bermula dari rumah. Jika ibu bapa sentiasa bersikap mengambil berat, anak mereka akan menjadi orang yang boleh diharapkan pada masa depan.

Ibu bapa hendaklah menghentikan tuduhan, sebaliknya memastikan anak mereka tidak terbabit dalam salah laku disiplin.

Kita yakin, jika ibu bapa mampu mendisiplinkan anak di rumah, pasti mereka akan berdisiplin di sekolah atau di luar rumah. Jika anak tidak berdisiplin, jangan salahkan sesiapa tetapi salahkan diri sendiri kerana gagal mendidik mereka.

Bagi sekolah pula, hak merotan perlu diberikan kepada semua guru bagi memastikan disiplin sekolah kembali terpelihara. Kaedah merotan perlu dipatuhi guru bagi mengelak kecederaan murid atau pelajar.

SUMBER: HARIAN METRO

Monday, August 4, 2008

KAMI GURU MALAYSIA


Untuk guru-guru, hayatilah lagu ini untuk anda semua.

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

SEMUA BAKAL GURU MESTI MENGETAHUI TENTANG INI.JANGAN TAK TAHU> KENE SEKEH KARANG DENAN PENSYARAH.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERI. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.

Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Sumber: Wikipedia

Sunday, August 3, 2008

Guru Adakah Ini Sikapmu?

Baru-baru ini Institut Perguruan di Malaysia heboh memperkatakan tentang masalah khalwat dikalangan pelajar. Bukan sahaja pelajar malahan pensyarah pun turut serta. Perkara ini menjadi perkara yang kita dengari sepanjang setengah tahun pertama 2008.Perkara ini berlaku di ISTITUT PERGURUAN yang saya rahsiakan tempatnya(2@lebih barangkali). Ada khalwat antara pelajar dan pensyarah dan ada juga khalwat antara pelajar dengan pelajar???Mengapa semua ini terjadi sekarang??Tidak pada waktu-waktu dahulu. Apakah sudah tiada batasan antara pensyarah dan pelajar dan batasan antara pelajar-pelajar berlainan jantina di Institut Perguruan kita?

Perkara yang paling menyedihkan sekali apabila tindakan yang diberikan hanyalah sekadar denda yang sepatutnya hukuman yang diberikan adalah berat. Kita takut bahawa masalah ini akan berterusan kerana semuanya dapat diselesaikan dengan wang?dengan wang harga diri kita terselamat ???Tidak.TIdak sama sekali. Warga luar dari kawasan Institut perguruan memerhatikan kita. Melihat gerak geri kita. Adakah kita mengatakan”guru pun manussia jugak”.”alah, setiap orang lakukan kesalahan,nabi pun ampunkan umat”.Pandangan ini harus ditolak jauh-jauh oleh seorang bakal guru yang berdedeikasi. Selarah dengan Falsafah Pendidikan Negara yang meahukan seorang guru yang bermahlak mulia dan bertanggungjawab terhadap anak didik mereka.

Apa yang kita mahukan ialah melahirkan guru yang boleh memilih antara batil dan zahir. Anatra salah dan betul serta rasional dalam setiap tindakan. Generasi akan dating mebawa satu cabaran yang tinggi kepada kita semua. Marilah sama-sma kita berdoa bahawa generasi yang akan dating menjaadi generasi yang ditarbiah oleh seorang guru yang bertarbiah bukan guru yang terbiar. Bakal-bakal guru sekalian, hayatilah tarbiah islam, jangan kerana anda guru subjek lain anda boleh meninggalkan ajaran agama. Sampingkan pembelajaran anda dengan agama islam.
Salam dari saya.Pokshark